Kebaikan Dan Keburukan Dalam Sukan Bola Sepak
Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya berbibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman. Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Mal...