teknik dan strategi dalam bolasepak

Flo Pass:

Flo Pass diberi nama berdasarkan nama penyerang antarabangsa Norway, Jostein Flo. Strategi ini. Strategi yang kebiasaan diasaskan oleh bekas jurulatih Norway, Egil Olsen sering dikombinasikan dengan formasi 4-5-1. Seorang penyerang tunggal yang mempunyai kelebihan fizikal dan perebutan udara akan berada di bahagian pertahanan bagi mengucar-kacirkan sistem pertahanan lawan.
Strategi Flo Pass bermula dengan hantaran daripada pemain pertahanan yang mempunyai kelebihan hantaran tepat. Hantaran tersebut akan disambar oleh penyerang yang mempunyai kelebihan tandukan untuk menyambar hantaran tersebut untuk mendapatkan gol.

Revie Plan:

Revie Plan adalah nama taktik dan strategi yang dipraktikkan secara efektif oleh kelab Manchester City  dan Hungary pada dekad 50an. Revie Plan diberikan nama sedemikian berdasarkan kepada nama penyerang prolifik Manchester City tahun 50-an, Donald George ‘Don’ Revie.
Strategi ini bermula dengan seorang penyerang yang mempunyai kelebihan teknikal dan stamina turun jauh ke bawah untuk mendapatkan bola. Kemudian, penyerang tersebut akan membawa bola sambil pemain sayap dan rakan penyerangnya membuka ruang bagi membolehkan penyerang yang membawa bola tadi membuat hantaran atau lorongan pendek.Pemain seperti Don Revie dan penyerang Hungary, Nándor Hidegkutiberkebolehan mempraktikkan strategi ini dengan bergitu baik sehingga mampu mengucar-kacirkan pemain pertahanan lawan dan strategi lawan.

Push And Run:

Turut dikenali dengan nama one-two dan give and go. Ia diasaskan oleh jurulatih lagenda Totenham Hotspur, Artur Rowe pada tahun 1949.
Strategi Push and Run sudah tidak asing pada hari ini. Namun pada 1940-an, ia adalah sesuatu yang baru. Strategi ini mementingkan pergerakan pemain untuk melancarkan serangan ke arah gol. Seseorang pemain hanya perlu membuat hantaran kepada rakan sepasukan dan pemain tersebut terus berlari sebaik bola dihantar. Pemainan one-two terus popular ke dalam pasukan-pasukan lain memandangkan ia mudah dipraktik dan cukup efektif.

One Touch:

Taktik paling lama dan paling ampuh yang telah dicipta dalam sukan bola sepak. Taktik ini mula dipraktikkan oleh skuad England. Cara permainan yang mudah dan laju telah memberi corak kepada gaya permainan Inggeris sehingga ke hari ini. Taktik ini banyak diadaptasi kemudian harinya ke dalam strategi-strategi lain. Sebagai contohnya adalah One-two atau Push and Run yang telah dibincangkan sebelum ini.
Strategi ini perlu dipraktikkan oleh kesemua pemain dalam sistem. Pemain tidak akan membawa atau menyimpan bola terlampau lama. Setiap pemain akan segera membuat hantaran sebaik menerima bola dan bergitu juga pemain-pemain lain. Permainan kelihatan cukup mudah serta laju dan ia sangat menghiburkan.

Total Football:

Taktik hebat ini diasaskan oleh Jack Reynold semasa mengendalikan pasukan gergasi daripada Belanda, Ajaz Armsterdam pada 1915–1925, 1928–1940, dan 1945–1947. Kemudian ia diimprovisasikan oleh Rinus Michels yang juga mengendalikan Ajax Armsterdam pada era 1970-an. Michels kemudian mengaplikasikan sistem ini ke dalam skuad Belanda semasa beliau diangkat menjadi pengurus pasukan tersebut pada dekad 70-an. Komponen utama Total Football adalah lagenda Belanda iaitu Johann Cruyff.
Konsep Total Football bertumpu kepada pergerakan pasukan tanpa mempunyai posisi yang tetap. Ini bermakna seorang penyerang tidak semestinya menjadi penyerang pada setiap masa. Bergitu juga dengan pemain pertahanan dan pemain di bahagian tengah. Pergerakan tanpa posisi yang tetap ini membuatkan pemain-pemain lawan mempunyai kekangan untuk menyekat pergerakan seseorang pemain yang menggunakan sistem ini.

Anti-Football:


Satu-satunya taktik bolasepak dalam senarai ini yang tidak mementingkan kemenangan secara total. Frasa Anti-Football dimulakan oleh Gary Armstrong dan Richard Giulianotti pada 2001 semasa mengulas kemenangan pasukan bukan pilihan(underdog), Estudiantes de La Plata kepada pasukan gergasi, Manchester United pada Copa Intercontinental tahun 1968.
Frasa ini banyak kali digunakan oleh individu berpengaruh dalam bolasepak seperti Johann Cruyff, Lionel Messi, Frank Rijkaard dan Cesc Fabregas semasa mengulas sistem yang digunakan oleh pasukan-pasukan bawahan.
Frasa Anti-Football juga dikenali sebagai Ultra-defensive. Namun, ia tidak sama dengan sistem dan taktik yang digunakan oleh pasukan antarabangsa Itali dan kelab-kelab daripada Seria A iaitu Cantenaccio.

Comments

  1. Videoslots (Videoslots) and youtube videos - Vimeo
    Videolots febcasino (Videoslots) and videoslots (Videoslots) are the worlds most watched content and youtube mp3 entertaining content. youtube downloader

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Dalam Sukan Bola Sepak

Definisi Sukan Bolasepak